Teratak Cikgu Sauti Penarik

Antara penginapan yang menjadi pilihan di Pantai Setiu atau Penarik adalah Teratak Cikgu Sauti (TCS). TCS adalah sebuah penginapan yang terletak di dalam kawasan kampung. 




TCS mempunyai 2 buah bilik bajet yang dikenakan caj RM80/malam. Kedua bilik ini dinamakan Bilik Redang dan Bilik Perhentian. Antara kemudahan yang terdapat di bilik ini adalah aircond, mandian air panas, TV + Astro, katil, almari pakaian, dan tuala. Sangat lebih dari berbaloi dengan harga RM80/malam. Sesuai untuk pasangan yang ingin menikmati suasana kampung di pinggir laut. 50 meter di belakang chalet ini adalah Sungai Penarik. 

Selain bilik, TCS turut menyediakan homestay yang sangat menarik. Sesuai untuk seisi keluarga 6-8 orang. 






Homestay ini dinamakan Rumah Nilam yang mempunyai 2 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang tamu beserta dapur mini yang dilengkapi peti ais, pembakar roti, penapis air COWAY, dan set pinggan cawan.

1 malam bilik ini hanya dikenakan caj RM250. Murah kan? Lihatlah suasana bilik yang dihias mewah, aircond setiap bilik & ruang tamu, mandian air panas di setiap bilik air. Sangat sukar untuk dicari homestay cantik begini. Homestay ini hanya bersebelahan dengan bilik chalet tadi. Jadi jika anda membawa keluarga besar, sesuai lah jika booking seluruh TCS ini iaitu 2 bilik chalet dan 1 homestay. Mudah, ada tempat berehat, set BBQ, dan hampir dengan laut. Sebelah malam boleh memancing ikan siakap di Sungai Penarik yang hanya di belakang TCS.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan dan sebagainya boleh hubungi nombor 019-9032930 (En Amir). 

Gambar terkini TCS yang dilengkapi garaj kereta ditengahnya.
Reaksi wajah tetamu TCS
Pantai Penarik, Setiu
Jalan Utama Pantai Penarik
Terdapat banyak restoran celup tepung di Penarik

Ulasan